'I Am Not Interested' - Ramli MS

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS

PETALING JAYA: Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung gosip kononnya sudah bernikah dengan penyanyi Alyah.

"I am not interested (saya tidak berminat) untuk di temu bual," kata Ramli ringkas ketika dihubungi mStar Online pada pagi Jumaat.

Kontroversi pasangan itu mula timbul apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kononnya Alyah sedang menanti pinangan daripada Ramli.

Ia disusuli pula dengan laporan berikutnya apabila pihak pengurusan Alyah dikatakan mahu gam akhbar yang menyiarkan artikel berkenaan dengan alasan laporan itu menyinggung perasaan Ramli.

Bagaimanapun terbaharu, timbul pula isu kononnya pasangan berkenaan sudah berkahwin secara rahsia, selepas wanita itu pulang dari menunaikan umrah selain dikatakan sudah menetap di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini.

Dalam pada itu Alyah dalam satu laporan menerusi gua.com.my pada Jumaat pula berkata, dia sudah penat untuk menjawab isu-isu status hubungannya dengan Ramli dan meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada konduktor muzik itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan