Jennifer Lopez Pernah Hidup Gelandangan

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer Lopez
Jennifer Lopez

DENGAN kekayaan yang dimiliki sekarang, Jennifer Lopez mampu memiliki apa-apa sahaja yang diinginkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu kehidupan remaja penyanyi itu tidak seindah sekarang.

Menurut laporan contact music, penyanyi lagu Dance Again itu mendedahkan ketika di zaman remaja, dia hidup gelandangan dan sering menghabiskan waktu malamnya di sebuah studio tarian.

Pergaduhan dengan ibunya, Guadalupe Rodriguez, yang mahu dia melanjutkan pelajaran membuatkan dia nekad untuk keluar dari rumahnya di The Bronx, New York.

"Ibu dan saya saling bertelingkah kerana saya tidak mahu belajar dan ingin menjadi penari sepenuh masa.

"Kerana itu saya keluar dari rumah dan tumpang tidur di studio tarian. Saya berkata kepadanya (ibu) bahawa inilah yang saya inginkan. Beberapa bulan kemudian, saya mendapat tawaran kerja di Eropah," katanya.

Tambah Jennifer, dia bersyukur kerana kehidupannya itu hanya berlaku dalam masa setahun. Setelah sukses di bidang tarian, barulah dia kembali ke rumah ibunya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan