Mariah Carey Cedera Di Lokasi Penggambaran

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey.
Mariah Carey.

PENYANYI Mariah Carey telah dikejarkan ke hospital di New York, Amerika Syarikat selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya pada petang Isnin lalu.

New York Post melaporkan, Mariah, 43, mengalami kecederaan pada bahagian bahunya yang terkehel namun keadaannya tidak berbahaya.

"Dia dibawa ke hospital selepas dan doktor telah membetulkan kedudukan bahunya yang terkehel akibat kejadian itu. Dia kini sedang berehat di rumah," kata jurucakapnya, Cindi Berger.

Mariah menjalani penggambaran muzik video lagu #Beautiful versi remix yang dirakamkan semula bersama penyanyi Miguel dan Young Jezzy. Ia diarahkan oleh suaminya, Nick Cannon.

Dalam pada itu, Cindy berkata, Mariah akan tetap membuat persembahan pada konsert di Central Park pada 13 Julai ini walaupun terpaksa memakai kain pembalut pada tangannya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan