Avril Lavigne & Chad Kroeger Nikah 1 Julai Lalu

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majalah Hello terbaharu menampilkan gambar perkahwinan Avril Lavigne dan Chad Kroeger.
Majalah Hello terbaharu menampilkan gambar perkahwinan Avril Lavigne dan Chad Kroeger.

PENYANYI Avril Lavigne akhirnya berkahwin dengan penyanyi kumpulan rock Nickelback iaitu Chad Kroeger dalam satu majlis romantis yang diadakan secara tertutup di Perancis, minggu lalu.

Majalah Hello keluaran 8 Julai melaporkan secara eksklusif termasuk menyiarkan gambar-gambar perkahwinan bintang dari Kanada tersebut.

Kedua-dua mereka mengaku sah bernikah pada 1 Julai lalu iaitu setahun selepas mereka membina mahligai cinta.

Pasangan itu juga turut meraikan hari bahagia mereka selama tiga hari bersama 110 rakan rapat serta keluarga terdekat.

“Saya pastikan ia sebuah majlis yang indah dan penuh bermakna dalam hidup saya bersama para tetamu,” kata Avril, 29, yang memakai gaun ‘tulle’ hitam, Monique Lhuillier.

Kedua-dua pasangan itu telah jatuh cinta pada tahun lalu semasa rakaman album Avril yang ke lima di studio,.

Pada 8 Ogos 2012, Chad, 38, telah melamar wanita itu. - HELLO

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan