TV3 Sajikan Program Hebat Sempena Ramadan

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Ramadan bermula 10 Julai depan, TV3 akan menayangkan sebanyak 29 program termasuklah drama, dokumentari, telefilem dan juga program berbentuk majalah.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, TV3 memilih tema 'Seindah Ramadan' bagi memberi inspirasi dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para penonton sempena kehadiran bulan suci umat Islam itu.

"Saya yakin, program paling dinantikan ialah Jejak Rasul yang kini memasuki musim ke-19, Akustika Ramadan Qari Junior, Dapur Panas, slot Samarinda serta slot Cerekerama," katanya.

Tambah Sherina, slot cerekarama yang dipaparkan sarat dengan pengajaran selain menyentuh emosi seperti Arman, Korban kasih, Qarina, Nyamuk Tak Berdosa dan Ooo..Tak Puasa, Ya!.

Dalam pada itu, buat pertama kalinya, TV3 bersama TV9 memperkenalkan program baharu berjudul Bazaar Seindah Ramadan yang disertai barisan selebriti serta warga kedua-dua saluran itu akan mengembara ke dua lokasi iaitu Johor Bahru dan Kuala Terengganu.

"Sebuah bas amal yang disertai barisan selebriti akan mengembara ke dua lokasi ini dengan membuat jualan juadah berbuka puasa seperti Ayam Percik OMG, Bubur Lambuk Ramadan Yang Hilang, Kuih Muih Demi Dia dan banyak lagi di mana hasil jualan tersebut akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dua negeri tersebut," ujarnya.

Berikut antara program-program pilihan yang disajikan pada Ramadan ini:

JEJAK RASUL 19: Ramadan Di Tiga Tanah Suci

SIARAN: Mulai 9 Julai, setiap hari (pukul 6 petang)

Sinopsis: Sempena musim ke-19 ini, Jejak Rasul dengan tema ‘Ramadan Di Tiga Tanah Suci’ akan membawa penonton merentasi negara Asia Barat iaitu Arab Saudi, Jordan dan Palestin. Bersama dua perantara, Mat Nasir Yusof dan Ahmad Fedtri serta kru Jejak Rasul 19 menikmati pengalaman sebelum Ramadan di Mekah, sambutan Ramadan di perantauan, bersahur di Tanah Haram, Mekah, menunaikan tarawih di Masjid Sahabat, Jordan, mengerjakan umrah, berbuka puasa di halaman Badwi dan qiamullail di Gua Hira.

Qari Junior 2

SIARAN: Mulai 8 Julai, setiap Isnin hingga Khamis (pukul 6.30 petang)

Sinopsis: Buat kali kedua, TV3 sekali lagi tampil dengan sebuah program realiti berbentuk keagamaan untuk kanak-kanak, iaitu ‘Qari Junior’. Dihoskan oleh Tajdid Hadhari, program ini akan mencungkil dan menggilap bakat kanak-kanak berusia 7-12 tahun dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sekali gus dapat menarik minat penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Insaf 2

SIARAN: Mulai 11 Julai, setiap Khamis (pukul 5.35 petang)

Sinopsis: Rancangan temu bual yang telus menyentuh nurani insan dengan mengangkat empat kisah benar dari kehidupan masa lampau empat individu terpilih. Tampil penuh debaran, rancangan 30 minit, 4 episod ini diolah secara segar dengan rekaan set dan penataan cahaya menghidupkan sesi penceritaan daripada temu bual yang dihoskan oleh Ahmad Noor Sulaiman. Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan. Bagaimana kesemua mereka kembali insaf?

UNSUNG PLACES: Echoes of Ummah

SIARAN: Mulai 13 Julai, setiap Sabtu (pukul 7.30 malam)

Sinopsis:: Sebuah program pengembaraan yang akan membawa penonton menyusuri kisah penduduk minoriti Islam di negara bukan Islam iaitu Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal.

SAMARINDA: Ramadan Yang Hilang (18 episod)

SIARAN: Mulai 26 Julai, setiap Isnin hingga Rabu (pukul 10 malam)

Sinopsis:: Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha. Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran.

Pelakon: Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisham, Zila Bakarin, Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin, Arja Lee dan Sherry Merlis.

Rumah Kedai (15 Episod)

SIARAN: Mulai 8 Julai. setiap Isnin hingga Rabu (pukul 5.35 petang)

Sinopsis: Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf merupakan pasangan yang mempunyai perwatakan berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka dapat membuka sebuah mini market yang serba lengkap dan diberikan kepercayaan pihak bank untuk mendapat bantuan perniagaan.

Pelakon: Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan dan Talha Harith.

AKASIA: Demi dia (24 Episod)

SIARAN: Mulai 3 Julai, setiap Isnin hingga Khamis, (pukul 7 malam)

Sinopsis:: Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Pelakon: Zoey Rahman, Elfira Loy, Dynas Mokhtar, Amar Baharin, Usop Wilcha, Erma Fatima, Kishmar Johar, Niena Baharun, Leyla Krisya, Shasha Al-Khred, Geofrey Perrin William, Kamal Kamaruddin, Salleh Ahmad dan Iellyas Fietrie.

OMG (Ohsem Music Group) - (4 Episod)

SIARAN: Mulai 13 Julai, setiap Sabtu (pukul 9 malam)

Sinopsis: Mengisahkan tentang empat orang anak muda, Teng (vokalis), Bo (gitar), Kem (bes) dan Bai (dram) yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Mereka menamakan band mereka ‘Kumpulan OMG (Ohsem Music Group)’. Kumpulan OMG popular kerana keunikan dan bakat mereka yang boleh menyampaikan lagu Inggeris dengan baik serta persembahan yang bertenaga.

Pelakon: Black, Anas Ridzuan, Amir Jahari, Arash Mohd., Amyza Aznan dan Elfaeza Ul-Haq.

Ayam (4 Episod)

SIARAN: Mulai 14 Julai, Setiap Ahad (pukul 7.30 malam)

Sinopsis: Berkisarkan tentang dua adik-beradik, Aidil dan Fitri yang mengalami hubungan tegang setelah kehilangan ’ayam’ yang sepatutnya menjadi hidangan utama sempena Hari Raya. Saksikan bagaimana dua beradik ini kembali bersatu demi mencari ayam masing-masing.

Pelakon: Naim Daniel, Fazley Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafik, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris, Haidir.

Akustika Ramadan2

SIARAN: Mulai 9 Julai, setiap Selasa (pukul 11 malam)

Sinopsis: Bersama hos Zhafran Zainuldin dan Tajdid Hadhari, Akustika Ramadan 2 menyajikan hiburan santai secara akustik lagu-lagu popular tanah air serta lagu ketuhanan yang dibawakan khas oleh Azlan & The Typrewriter, Amir Jahari, Najwa Latif, Black dan RJ.

Tidak lupa juga segmen ilmiah bersama dengan Ustaz Haslin, Ustaz Hanafiah Abd. Malek dan Habib Najmuddin membincangkan topik berkaitan Ramadan. Gelak ketawa bersama Kumpulan Jambu dan Nabil. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tanah air, Nelydia Senrose, Qi Razali, Adi Putra, Angah dan Ashraf Muslim.

Kias Ramadan 3

SIARAN: Mulai 10 Julai, setiap Rabu (pukul 11 malam)

Sinopsis: Drama mini ini memaparkan lapan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian sepanjang bulan Ramadan untuk dijadikan pengajaran dan teladan buat para penonton. Antaranya, ‘CC...Siapa?’, ‘Penat’, ‘Resipi’, ‘OKU Iman’, ‘Rezeki Ramadan Di Parkir Jalan’, ‘Kalori’ dan ‘Jemaah’.

Pelakon: Eric Fizu, Anith Aqilah, Nas-T, Eliza Mustafa, Azhan Rani, Almy Nadia, Zalif Sidek, Munir, Fifi Natasya, Datuk Tarmimi Saregar dan Maria Tunku Sabri.

Sembang Sahur

SIARAN: Mulai 12 Julai, setiap Jumaat & Sabtu (pukul 12.30 malam)

Sinopsis: Sembang Sahur direka untuk menjadi teman ketika penonton sedang bersahur. Terdapat segmen seperti Kids On Ramadan, Dramedy, Sahur With Chef, Terawih Di Mana?, Today’s Reminder dan Singgah Sahur yang meneruskan kesinambungan dari program Singgah Sahur edisi lalu. Kali ini, segmen Singgah Sahur akan mengembara ke lapan lokasi, antaranya, Lahad Datu, Sabah, Muar, Johor, Puchong dan Bangi, Selangor sebagai satu lagi inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Daput Panas

SIARAN: Mulai 14 Julai, Setiap Ahad (pukul6.30 petang)

Sinopsis:: Bersama pengacara popular, Neelofa dan Chef Nik Michael di mana mereka akan menyediakan masakan untuk berbuka puasa kepada perajurit tanah air yang bertugas di bulan Ramadan.

CEREKARAMA: Arman

SIARAN : 13 Julai, (pukul 10 malam)

Sinopsis: Arman pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan ubatan buat ibunya yang sedang sakit. Dia bekerja di pasar raya dan berjaya mengumpul sebanyak RM2,000 untuk perbelanjaan ibunya. Bagaimanapun, dia dirompak dan keadaan menjadikan lebih buruk apabila geng Hamdan mencarinya.

Pelakon: Beto Kusyairi, Uqasha Senrose, Sofi Jikan, Azhan Rani, Kaza dan Fadhilah Mansor.

CEREKARAMA: Korban Kasih

SIARAN: 20 Julai (pukul 10 malam)

Sinopsis:: Aisah dan Yana merupakan sahabat karib sejak kanak-kanak, namun, mereka terputus hubungan apabila ibu bapa Yana meninggal dunia. Lima tahun kemudian, Aisah berkahwin dengan Zaki dan tinggal bersama keluarga Zaki. Aisah terkejut apabila melihat kelibat Yana di rumah tersebut sebagai orang gaji.

Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Intan Ladyana, Puteri Chichi, Normah Damanhuri dan Omar Mokhtar.

CEREKARAMA: Nyanyuk Tak Berdosa

SIARAN: 27 Julai (pukul 10 malam)

Sinopsis:: Sarimah dan Bahrin telah berkahwin sejak 16 tahun yang lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Atiqah dan Afiq. Sarimah bekerja sebagai tukang cuci manakala suaminya, Bahrin, bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sikap Bahrin mula berubah dan menjadi seorang yang panas baran.

Pelakon: Kamal Adli, Zarina Zainoordin, Puteri Balqish, Adik Danish Zaqwan, Raja Azmi dan Dian P. Ramlee.

CEREKARAMA: Oooo... Tak Puasa Ya

SIARAN: 3 Ogos (pukul 10 malam)

Sinopsis: Imad, Naim dan Harris merupakan adik-beradik yang tinggal di kampung dan menjadikan menangkap burung sebagai hobi. Tiga beradik ini sangat nakal dan sering menimbulkan masalah terhadap penduduk kampung.

Pelakon: Nad Zainal, Adik Danish Zaqwan, Che Kem, Fezrul Khan, Ezany dan Marisa Yasmin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan