Qi Razali Kongsi Pengalaman Pandu Honda Jazz Hybrid

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Qi mengakui tertarik dengan kelebihan yang dimiliki Honda Jazz Hybrid.
Qi mengakui tertarik dengan kelebihan yang dimiliki Honda Jazz Hybrid.

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Qi Razali mengakui tertarik dengan kereta model ‘Honda Jazz Hybrid’ selepas diberi peluang untuk memandu kenderaan kompak itu selama seminggu.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, dia sebelum ini tidak terdedah dengan kelebihan kereta menggunakan sistem hibrid yang sebenarnya memberikan banyak kelebihan dalam menjaga alam sekitar.

"Apabila diberi peluang oleh pihak Honda untuk saya mencuba kenderaan hibrid ini, saya begitu teruja kerana tidak begitu tahu apakah kelebihannya sebelum ini dan ternyata kenderaan dengan enjin berkenaan sangat memuaskan hati.

"Malah ia mempunyai pelbagai kelebihan kepada pengguna dan sudah tentu ia dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar," jelasnya ketika ditemui pada majlis pandu uji kereta berkenaan di Taman Tun Dr Ismail dekat sini, Jumaat.

Pihak media termasuk mStar Online berpeluang menaki kereta berkenaan yang dipandu sendiri oleh Qi.

Tambah Qi, pendapat yang mengatakan sistem kereta berkenaan yang tidak mampu menyaingi kenderaan dengan enjin konvensional adalah tidak benar dan ia sebenarnya setanding dan mesra alam.

"Ada yang berpendapat kereta hibrid tidak mampu pecut dan mempunyai pelbagai masalah tetapi tanggapan itu tidak benar kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan yang mungkin lebih daripada kereta biasa," ujarnya.

Selain menggunakan enjin petrol 1.3 liter i-VTEC, Honda Jazz Hybrid turut didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).

Ia turut dilengkapi dengan Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON), Front Pretensioner Seatbelts dan pelbagai lagi.

Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia menyifatkan kenderaan berkenaan sebagai sebuah kereta pintar yang mempunyai pelbagai kelebihan dan sesuai digunakan oleh golongan muda.

Malah katanya, Honda Jazz tersebut hampir tidak mengeluarkan sebarang bunyi ketika dipandu pada kadar biasa dan enjinnya hanya kedengaran pada tahap kecepatan tinggi.

"Satu perkara yang sangat saya gemari tentang kereta ini adalah ia akan mematikan enjin secara automatik apabila berhenti di lampu isyarat sebagai keselamatan dan mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.

"Enjin akan hidup semula apabila brek dilepaskan dan pemandu terus boleh memandu seperti biasa," jelasnya.

Antara kelebihan lain menurut Qi adalah sterengnya yang ringan, penukaran gear yang mudah selain rekaan dalamannya yang cukup mengagumkan.

Sementara itu, Qi berkata, golongan muda terutamanya pada peringkat kanak-kanak perlu didedahkan dengan sistem kenderaan hibrid yang mampu memelihara alam sekitar.

"Saya melihat penggunaan kereta dengan enjin hibrid dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk jangka masa panjang dan kebaikannya harus dipupuk kepada golongan muda dan kanak-kanak tentang kebaikannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina untuk penggambaran musim terbaharu program Art Attack di pada 18 Julai depan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan