Elecoldxhot Juara Showdown 2013

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Elecoldxhot muncul juara Showdown 2013. Foto FERIDE
Kumpulan Elecoldxhot muncul juara Showdown 2013. Foto FERIDE

KUALA LUMPUR: Kumpulan Elecoldxhot muncul sebagai juara bagi kategori utama All Star program pertandingan realiti Showdown 2013 yang berlangsung di stadium Negara di sini pada malam Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus mengalahkan saingan terdekat mereka, Katoon Network dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000 disamping mendapat wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa bernilai RM125,000.

Katoon Network yang mendapat tempat kedua tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka turit diberi hadiah wang tunai RM30,000.

Kategori All Star turut menampilkan Rejuvenate Dance Crew yang hanya mendapat tempat ketiga.

Bagi kategori Terbuka pula, kumpulan 5=1 mendapat tempat pertama dengan membawa pulang RM50,000 serta wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia bernilai RM50,000. Naib juara iaitu Inversion meraih wang tunai sebanyak RM20,00.

Manakala kumpulan yang tewas bagi kategori tersebut ialah Keynectix dan Le'z.

Dalam pada itu, kategori Junior dimenangi oleh kumpulan Walawei dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kedua dimenangi oleh Fresh Unity Crew (RM5000).

Kumpulan Stay Cool pula mendapat tempat ketiga pulang tanpa sebarang hadiah.

Program yang diadakan secara langsung menerusi saluran 8TV menyaksikan enam penari antarabangsa popular menjadi juri jemputan dalam program pertandingan tersebut

Juri-juri tersebut ialah Sheena Vera Cruz dari Filipina manakala YNOT, Junior Boogaloo, Bboy Full Deck, Mr Wiggles dan Jay Smooth dari Amerika Syarikat.

Showdown 2013 telah bersiaran setiap Sabtu pada pukul 10.30 malam dan Ahad (10 malam) sejak 19 Mei 2013 di 8TV.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan