Pelakon Korea, Kim Jin Sung Belajar Bahasa Melayu

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon berasal dai Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung, mengakui tertarik dengan keunikan bahasa Melayu sehingga membuatkannya mengikuti kursus bahasa tersebut di sebuah universiti di negara berkenaan.

Kim Jin Sung, 27, atau lebih mesra dipanggil JS, berkata, dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus tersebut yang diambil selama setahun.

"Saya mengambil kursus bahasa Melayu di Hungik Universiti kerana bagi saya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik dan ramai rakan saya yang mengambil kursus ini.

"Di universiti ramai pensyarah daripada negara ini dan saya juga pernah datang ke Indonesia beberapa kali untuk menyelesaikan projek akhir," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Autumn Di Hatiku, di sini, Selasa.

Tambah JS, dia mendalami bahasa Melayu melalui pembacaan dan pergaulan bersama rakan-rakan serta pensyarahnya.

Sementara itu, JS berkata, peluang berlakon di Malaysia dalam drama Autum Di Hatiku merupakan salah satu cara untuknya mengaplikasikan pembelajarannya selama ini.

"Ketika dibuka sesi uji bakat melalui sebuah produksi pencarian bakat di Korea bagi mencari pelakon untuk drama ini, saya mengambil peluang dengan menghantar video dan akhirnya diterima.

"Saya berharap dapat mengembangkan kerjaya dan mendapat tawaran berlakon lagi di negara ini," katanya.

Ujarnya, sejak empat bulan berada di negara ini, dia banyak mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

"Saya belajar banyak tentang budaya Malaysia dan mendapat ramai kawan di sini. Daripada segi makanan saya tiada masalah kerana saya suka makanan pedas," katanya.

Dalam pada itu, ditanya soal kekasih, JS berkata, dia masih belum mempunyai teman wanita dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

JS memegang watak Park Au Tum dalam drama bersiri berkenaan untuk siaran portal Tonton dan akan mula bersiaran pada Rabu (hari ini), pukul 12 tengah hari.

Autumn Di Hatiku turut dibintangi pelakon terkenal Hanez Suraya, Aiman Hakim, Anas Redzuan dan Ezzaty Abdullah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan