3.2 Juta Tonton Drama 'Teduhan Kasih'

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon Teduhan Kasih. Dari kiri Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda dan Shah Iskandar. -Foto THE STAR SHAARI CHE MAT
Para pelakon Teduhan Kasih. Dari kiri Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda dan Shah Iskandar. -Foto THE STAR SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Drama bersiri Teduhan Kasih pernah mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding drama-drama lain menerusi slot berkenaan.

"Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7 juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang.

"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama pelakon-pelakonnya," kata beliau pada sidang media tayangan eksklusif episod akhir drama itu di Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini petang Selasa.

Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu.

Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam.

Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.

"Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra.

"Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton," ujarnya.

Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar.

Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon.

Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).

Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda). Sementara itu drama Demi Dia arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh Zoey Rahman serta Elfira Loy akan mengambil alih slot berkenaan bermula Rabu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan