Benjy Mengaku Tidak Bersalah Miliki Syabu

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benjy menundukkan muka ketika dibawa ke mahkamah majistret Ampang pada 26 Jun lalu bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Gambar Ihsan SIN CHEW.
Benjy menundukkan muka ketika dibawa ke mahkamah majistret Ampang pada 26 Jun lalu bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Gambar Ihsan SIN CHEW.

AMPANG: Anak kepada seniwati Azean Irdawaty iaitu Benjy mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah majistret di sini pada Selasa atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu.

Selain Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, lima rakannya termasuk dua orang wanita turut dihadapkan ke mahkamah yang sama atas tuduhan berkenaan iaitu Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27 dan Afifi Hamidi, 27.

Bagaimanapun hanya Zain Amir sahaja mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes tersebut selain mengarahkan setiap tertuduh masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan Benjy bersama lima rakannya ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Benjy juga dilaporkan bertidak kasar dengan menghalang jurugambar daripada merakamkan gambarnya ketika dia dibawa ke mahkamah majistret di sini sehari selepas kejadian untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan