'Autumn Di Hatiku' Tidak Cedok Drama Korea

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Drama Autumn Di Hatiku lebih istimewa kerana ia turut menampilkan pelakon Korea Kim Jin Sungm (kanan) sebagai pelakon utama disamping Hanez Suraya. Foto Zulkarnain Roslan.
Drama Autumn Di Hatiku lebih istimewa kerana ia turut menampilkan pelakon Korea Kim Jin Sungm (kanan) sebagai pelakon utama disamping Hanez Suraya. Foto Zulkarnain Roslan.

PETALING JAYA: Drama Autumn Di Hatiku tidak ‘mencedok’ atau mengadaptasi mana-mana drama dari negara Korea popular yang ditayangkan di negara ini termasuk Autumn In My Heart.

Pengarahnya, MJ Woo berkata, drama komedi romantik ini mempunyai jalan cerita yang direka khas untuk masyarakat Malaysia yang meminati industri hiburan di negara Korea Selatan itu.

"Autumn Di Hatiku tiada kena mengena atau diambil daripada mana-mana drama Korea popular.

"Walaupun tajuk sahaja sama tapi jalan cerita lain, ini drama komedi bukan sedih seperti drama Korea itu.

"Kita pilih nama Autumn kerana ia sinonim dengan Korea," katanya pada sidang media pelancaran drama berkenaan di sini, Isnin.

Drama 28 episod ini akan disiarkan di portal Tonton bermula Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.

Tambah MJ Woo, lebih istimewa drama ini bakal memperkenalkan pelakon Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung sebagai pelakon utama di samping Hanez Suraya dan Aiman Hakim.

"Pemilihan Kim Jin Sung melalui uji bakat video yang kita lakukan di Korea dan keistimewaan Kim Jin Sung adalah kerana dia boleh berbahasa Malaysia dengan baik.

"Dia merupakan model dan pelakon di sana dan pernah mengambil kursus bahasa Malaysia di universiti tempat dia belajar," katanya.

Ditanya tentang perbelanjaan drama web pertama ini, katanya ia melibatkan sejumlah kos yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti video yang setanding dengan filem.

"Perbelanjaan pembikinan drama ini berpatutan dengan hasilnya yang setanding dengan kualiti sesebuah filem," ujarnya.

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum.

Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.

Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari, menerusi laman berkenaan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan