Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bersukan

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julfekar ketika di Pusat Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Julfekar ketika di Pusat Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

PETALING JAYA: Komposer Julfekar Ahmad Shah mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang ketika sedang bersiap-siap untuk bermain badminton di sebuah kompleks sukan Cheras, dekat sini pada Ahad.

Julfekar, 49, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 9.30 pagi ketika dia sedang menunduk untuk mengikat tali kasut di rumahnya sebelum terdengar bunyi sesuatu pada bahagian pinggangnya yang membuatkan dia rebah.

"Ketika itu saya bersama dua artis saya iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai. Mereka mengajak saya bersukan bermain badminton bersama.

"Memandangkan saya tidak pernah bersukan, jadi saya cukup bersemangat dengan membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.

"Tetapi tak sangka pula, ketika saya memusing badan untuk mengikat tali kasut, tulang belakang saya berbunyi dan ketika itu saya terus tak boleh nak bergerak," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Tambah Julfekar, akibat kejadian itu, dua artis berkenaan telah menghubungi ambulans dan dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Tambah Julfekar, pemeriksaan awal mendapati terdapat gelinciran pada tulang pinggulnya tetapi pihak hospital akan dapat mengesahkan perkara itu selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai depan.

"Doktor meminta saya untuk berehat sebelum menjalani pemeriksaan MRI (imbasan resonen magnetik).

"Tetapi saya tidak boleh duduk diam kerana banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Seperti hari ini (Isnin), saya mempunyai rakaman lagu raya bersama dengan artis-artis syarikat saya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd.," ujarnya yang dibenarkan keluar pusat perubatan itu kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.

Dalam pada itu, Julfekar berkata, kecederaannya itu telah memberikan sedikit peringatan untuknya mengenai keperluan menjaga kesihatan diri.

"Sebelum ini saya tidak pernah berasa akan melalui kesakitan yang sangat perit seperti ini. Tetapi apabila perkara ini berlaku baru saya sedar, penjagaan kesihatan amat diperlukan.

"Tambahan pula, doktor kata berat badan saya melebihi daripada yang sepatutnya. Mungkin selepas ini saya akan lebih kerap menjalani rutin senaman," ujarnya sambil memberitahu kejadian tersebut telah membuatkan dia hampir-hampir pitam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan