Konsert Akhir Bintang Mencari Bintang Cecah 5 Juta Penonton

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pertandingan akhir menyaksikan peserta solo Achey menjadi juara program tersebut
Pertandingan akhir menyaksikan peserta solo Achey menjadi juara program tersebut

PETALING JAYA: Kemuncak program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) berjaya meraih jumlah penonton secara keseluruhan hampir 5 juta sepanjang siaran tengah malam pada 23 Jun lalu.

Selain itu, menerusi laman web rasmi www.tv3.com.my/bintang berjaya menarik hampir 256,000 tontonan daripada pelayar internet.

Kelainan yang dibawakan oleh laman web rasmi BMB ialah para peminat boleh menjadi sebahagian daripada program ini dengan adanya skala bintang yang membolehkan mereka mengundi persembahan anak didik.

Lebih menarik, tontonan video telah mencecah hampir 560,000 termasuk tontonan video eksklusif di sebalik tabir menerusi komputer, telefon pintar dan tablet dimana sebanyak 400,000 tontonan video menyumbang kepada Live TV di www.tonton.com.my sepanjang BMB bersiaran.

Program yang berlangsung selama tiga bulan itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada peserta solo Achey yang merupakan anak didik pelawak Harun Salim Bachik dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Program 15 episod itu diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa dan bersiaran pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia.

Saksikan ulang tayang Konsert Akhir BMB di TV3 pada 28 Jun dan 5 Julai depan pada pukul 10 pagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan