Ahmad Dhani, Maia Tidak Paksa Anak - Berita Hiburan | mStar

Ahmad Dhani, Maia Tidak Paksa Anak

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Dhani
Ahmad Dhani

PENYANYI Maia Estianty mengakui tidak pernah memaksa ketiga-tiga anaknya, Al, El dan Dul memilih untuk mengikut dia atau bekas suaminya penyanyi Ahmad Dhani setelah pasangan tersebut disahkan bercerai oleh Mahkamah Agung.

"Keputusan ditangan mereka untuk mengikut saya atau ayahnya, ketuputusan itu juga telah dibuat oleh mahkamah agar ketiga-tiga mereka membuat pilihan sendiri.

"Jadi saya dan Dhani tidak boleh paksa mereka, terserah kepada mereka untuk mengikut siapa juga," katanya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Tambah Maia, dia tidak terlalu ketat dalam mendidik dan mengurus anak-anaknya.

Dia lebih memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk membuat keputusan memilih namun sentiasa memberi pengawasan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan