The Fabulous Cats Muncul Dengan Ahli Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cat Farish (kanan) bersama anggota The Fabulous Cats.
Cat Farish (kanan) bersama anggota The Fabulous Cats.

PETALING JAYA: Kumpulan The Fabulous Cats (TFC) tidak kecewa apabila sering bertukar anggota sehingga menyebabkan perjalanan karier muzik mereka tergendala.

Vokalis utamanya, Cat Farish berkata, dia sering melihat perkara itu dari sudut positif dan menganggap kumpulan itu sebagai pelantar terbaik buat artis baharu untuk bertapak dalam industri muzik.

“The Fabulous Cats merupakan pelantar terbaik untuk artis-artis baru yang menyertainya mempamerkan bakat nyanyian mereka. Walaupun bersama dalam sebuah kumpulan, setiap ahli yang menganggotai kumpulan TFC diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju masing-masing.

"Saya gembira jika mereka merasakan penglibatan mereka dalam kumpulan ini terbaik untuk kerjaya mereka tetapi jika ada antara anggota TFC yang mempunyai visi yang lain atau lebih selesa bergerak secara solo, saya tetap akan memberi sokongan dan tidak akan menghalang”, jelasnya.

Cat turut memperkenalkan dua ahli baharu iaitu Afif dan Hairool selepas Adeep dan Wangi meninggalkan kumpulan itu pada tahun lalu.

"Kehadiran Afif dikesan daripada program realiti Akademi Fantasia 9 manakala Hairool melalui laman sosial Facebook. Mereka berdua mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cat berkata, selepas hampir dua tahun tanpa single terbaharu, TFC kembali mewarnai persada muzik dengan lagu Sebulatnya hasil ciptaannya.

Menurutnya kali ini mereka menampilkan muzik genre ‘R&B Soul’ yang jarang dibawa oleh kumpulan lain dalam industri muzik tempatan.

“Lagu Sebulatnya dicipta seawal tahun 2011. Walau bagaimanapun, rakaman single tersebut hanya siap awal tahun ini disebabkan situasi keahlian anggota TFC yang silih berganti.

"Pada awalnya, rakaman lagu Sebulatnya menampilkan kumpulan TFC ketika dibarisi saya, Zizie, Adeep dan Wangi.

“Namun apabila Wangi dan Adeep meninggalkan kumpulan ini pada 2012 tempat mereka digantikan dengan Afiq dan DJ Krates sehinggalah terpaksa dirakamkan semula bersama ahli terkini,” jelasnya.

Malah katanya, muzik video lagu berkenaan telah pun diterbitkan dan turut menampilkan Tasha Shilla sebagai model.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan