Ketiadaan Aaron Aziz Dalam Program Ramadan Astro Bersebab

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron Aziz
Aaron Aziz

KUALA LUMPUR: Ketiadaan artis yang merupakan wajah eksklusif Astro iaitu Aaron Aziz dalam sebarang program khas sempena bulan Ramadan di saluran televisyen itu bukan bermakna dia tidak sesuai untuk terlibat dalam program berbentuk keagamaan.

Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, dia berharap tiada sebarang spekulasi negatif tentang perkara itu memandangkan Aaron bakal membuat kemunculan istimewa dalam program Aidilfitri nanti.

"Sebenarnya perkara ini secara kebetulan kerana Aaron mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

"Tetapi bukan kerana dia tidak sesuai dengan sebarang program Ramadan. Dia adalah wajah eksklusif Astro, maka program yang akan dia lakukan juga akan menjadi istimewa buat penonton," katanya.

Azlin ditemui pada majlis pelancaran program-program bersempena bulan Ramadan di Muzium Kesenian Islam di sini, Rabu.

Pihak Astro akan menyajikan sebanyak 21 program istimewa menerusi saluran-saluran khas iaitu Astro Oasis, Prima, Ria, Ceria, Citra dan Warna.

"Di samping mempersembahkan program-program berunsur hiburan yang berkualiti, pihak kami juga akan menyiarkan program yang mempunyai pengisian nilai kerohanian dan suntikan elemen pengajaran.

"Harapan kami agar pengisian sepanjang Ramadan sedikit sebanyak dapat membantu penonton beragama Islam menghayati ibadah di bulan Ramadan ini," ujarnya.

Tambah Azlin, menerusi saluran Astro Oasis, selain meneruskan rancangan-rancangan menarik seperti Tanah Kubur, Rasa Halal Antarabangsa dan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias, saluran itu juga bakal memaparkan drama bersiri terbaru berjudul Tok Abah.

Dalam pada itu Astro juga menghimpunkan variasi program seperti telefilem, drama bersiri, filem dan animasi.

Antaranya seperti Hello Bro! di Astro Ria, yang mengetengahkan gaya hidup kontemporari Muslim dengan pendekatan kerohanian dan amal kebajikan.

Astro Prima pula muncul dengan lima program khas iaitu Kilauan Emas: Kabilah Seni, Hajat Ramadan, Primadona Ramadan, Dia Tetap Ayah dan Warung Angah.

Menerusi Astro Ceria pula saluran itu bakal memaparkan program Upin &Ipin, Ustaz Kata, Cerianya Ramadan dan Dari Pondok Bosnia.

Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 10 Julai depan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan