Konsert Rock ‘Thunder In The East 2013’ Ditunda Akibat Jerebu - Berita Hiburan | mStar

Konsert Rock ‘Thunder In The East 2013’ Ditunda Akibat Jerebu

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Loudness
Loudness

PETALING JAYA: Konsert Thunder In The East 2013, gabungan bintang legenda rock & roll dan heavy metal terbesar Asia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka dekat sini pada Ahad ini ditunda berikutan keadaan jerebu yang masih lagi serius.

Penganjur acara berkenaan, Clockwork Events Sdn. Bhd dalam satu kenyataannya berkata, keputusan penangguhan itu terpaksa dibuat untuk menjamin kesihatan penonton konsert akibat masalah berkenaan.

“Keadaan yang sangat tidak menentu akibat jerebu selain cuaca panas dan kering akan menambahkan lagi masalah terhadap orang ramai yang akan menonton konsert ini.

“Sehubungan itu pihak kami membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga notis selanjutnya walaupun ia sedikit sebanyak menyebabkan kerugian,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Konsert Thunder In The East 2013 akan memperlihatkan gabungan empat band legenda terbesar iaitu Loudness (Jepun), Search (Malaysia), Slank (Indonsia) dan Rusty Blade (Singapura).

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya akan mempertimbangkan untuk meneruskan konsert berkenaan berkemungkinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri depan.

Dalam pada itu orang ramai yang telah membeli tiket boleh menghubungi talian 03-78807999 untuk maklumat lanjut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan