Juara ‘MyEkspresi’ Guna Wang Hadiah Untuk Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat peserta akhir MyEkspresi iaitu Hanafi (paling kiri), Tang Sook Kuan, Mohd Kamaludin dan Nazri.
Empat peserta akhir MyEkspresi iaitu Hanafi (paling kiri), Tang Sook Kuan, Mohd Kamaludin dan Nazri.

PETALING JAYA: Juara program MyEksperi iaitu Mohd Hanafi Rosdi, 25, yang memenangi pertandingan akhir program tersebut pada Sabtu lalu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya yang juga seorang penari, Noor Azlin Hamzah.

Anak kelahiran Terengganu itu mengakui telah bernazar untuk mengakhiri zaman bujangnya jika memenangi pertandingan tersebut.

“Memang sejak awal lagi saya sudah menanam impian andai gelaran juara menjadi milik saya, saya mahu melangsungkan perkahwinan. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan berkahwin Mei tahun depan.

“Selain itu, saya juga berhasrat menghantar ibu mengerjakan umrah. Pada masa yang sama, wang kemenangan ini juga saya akan laburkan untuk membuka studio tarian bagi melatih kanak-kanak menari," katanya.

Dalam program yang disiarkan di TV2 itu, Hanafi berjaya menewaskan tiga peserta lain iaitu Mohd Nazri Zahauddin (naib juara), Mohd Kamaludin Mohd Daud (ketiga) dan Tang Sook Kuan (keempat).

Graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu membawa pulang wang tunai RM 40,000, piala dan hadiah iringan seperti Ipad mini 64GB berserta wifi, Samsung Galaxy S4, pakaian sukan jenama Figos dan barangan elektrik tajaan Noudi.

Program yang bermatlamat mencari pereka tari itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM bermula awal bulan lalu.

Dalam pada itu Hanafi pernah bekerja di Aswara Dance Company selama dua tahun berkata, studio tarian yang akan dibukanya nanti akan membolehkan dia memartabatkan dunia tarian di negara ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan