Khatijah Tan Pernah Risau Pierre Andre Terlibat Gejala Sosial

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khatijah Tan mendoakan agar jodoh Pierre Andre bersama isterinya, Siti Nur Hidayah berkekalan.
Khatijah Tan mendoakan agar jodoh Pierre Andre bersama isterinya, Siti Nur Hidayah berkekalan.

SELAYANG: Pelakon Khatijah Tan mengakui pernah berasa risau anaknya pengarah dan pelakon Pierre Andre belum menemui jodoh dan mungkin akan terlibat dengan gejala sosial.

Khatijah berkata, dia sering berdoa agar satu hari anak sulungnya itu dipertemukan jodoh dan bersyukur doanya dimakbulkan apabila Pierre selamat diijabkabulkan dengan seorang model, Siti Nur Hidayah Hashim, 26 , dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang di sini pada Ahad.

"Biasalah ibu mana tidak risau. Walaupun Pierre seorang anak yang baik, hati saya tetap risau dengan siapa dia berkawan dan apa yang dia buat sepanjang hari.

"Malah saya risau jika dia yerlibat dengan perkara negatif sperti gejala sosial yang berlaku sekarang ini, yang boleh memalukan keluarga.

"Alhamdulillah sekarang Pierre sudah bergelar suami. Moga dia bahagia dengan isteri yang disayangi. Hidayah pula...saya lihat sangat memahami Pierre," katanya.

Khatijah ditemui pada majlis pernikahan Pierre dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang di sini.

Tambah Khatijah, dia juga berharap agar Hidayah memahami kerja-kerja Pierre yang ada kalanya mungkin boleh mengundang rasa cemburu di hatinya.

Sementara itu, Pierre pula berkata kehadiran Hidayah telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih baik sekaligus membuka hatinya untuk berhijrah menjadi umat Islam yang lebih baik.

"Dua tahun lalu kami berkenalan dan kemudiannya tidak berhubung selama setahun. Tak sangka pula kami berjumpa semula pada Aidilfitri tahun lalu.

"Bila kami berhubung semula saya dapat rasakan Hidayah adalah wanita yang terbaik buat diri saya.

"Walaupun tidak bertudung tetapi dia tidak pernah mengabaikan solat. Kerana dia juga saya berhijrah. Alhamdulillah," katanya.

Dalam pada itu, Pierre berkata, dia tidak akan meminta Hidayah berhenti daripada kariernya sebagai model, cuma meminta isterinya itu hanya memilih tawaran kerja yang tidak membabitkan pakaian yang terdedah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan