Bill Azali Selesa Urus Kerjaya Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 24 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bill Azali
Bill Azali

PETALING JAYA: Pelakon Bill Azali mengakui lebih selesa bergerak dan menguruskan kerjaya lakonan sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat pengurusan artis.

Bill, 21, berkata, biarpun terpaksa bekerja keras namun dia berpuas hati dengan hasil titik peluhnya.

"Walaupun lebih mudah bagi artis baru menaung dibawah syarikat pengurusan tapi saya memilih untuk bergerak sendiri.

"Bagi saya lebih selesa untuk mengaturkan jadual kerja mengikut masa sendiri," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Bill, dia sanggup menebalkan muka untuk bertemu dengan pengarah dan penerbit dalam mencari peluang untuk berlakon.

"Ya... bagi pelakon baru kita perlu berusaha lebih sebab orang tidak kenal dan tahu bakat kita.

"Strategi saya ialah sentiasa tebalkan muka untuk bertanya jika ada peluang berlakon atau tidak," katanya.

Tambah bekas peserta rancangan Pilih Kasih ini, selepas tiga tahun berada dalam industri, rezekinya sebagai pelakon semakin bertambah.

"Alhamdulillah sekarang banyak tawaran dan ramai yang mula mengenali saya.

"Lebih-lebih lagi selepas drama Cinta Jangan Pergi, maklum balas sangat baik untuk cerita itu," katanya.

Dalam perlembangan lain, Bill akan menjayakan drama terbaru berjudul Dewi Lasak di bermula 26 Jun ini, pukul 9 malam menerusi slot Aksi di TV3.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan