Seuntai Tasbih Temukan Beego dan Linda

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linda Hashim dan Beego
Linda Hashim dan Beego

PETALING JAYA: Drama bersiri Seuntai Tasbih yang menjadi titik pertemuan dan melahirkan bibit cinta antara pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim yang sah bergelar suami isteri pada 7 Jun lalu ini akan disiarkan mulai 13 Jun lalu iaitu setiap Khamis di di TV2.

Drama yang menjalani penggambaran di Indonesia pada Mei tahun lalu dikatakan menjadi cinta lokasi kepada pasangan ini.

Selain itu, drama ini turut dibintangi oleh Rosnah Johari, Ilya Senario dan Heela Monica.

Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja wanita bernama Shila (Linda Hashim) yang tinggal bersama ibunya yang telah lumpuh, Mariam dan ayah tirinya bernama Jaafar. Begitupun sejak kematian ayah kandungnya, Shila telah berubah sikap menjadi nakal dan gemar berpeleseran.

Kemunculan Ustaz Akhil lakonan Beego di bandar itu dan mengajar kelas agama telah mempertemukan Akhil dengan Jaafar. Jaafar kemudiannya meminta Akhil membantunya menjaga kebun.

Shila pula bercinta dengan Jeman seorang pelajar Indonesia yang sedang menjalankan kajian di Malaysia. Setelah Jeman pulang ke Indonesia, Shila melarikan diri dari Malaysia mahu mengikut kekasihnya itu pulang ke negara asalnya.

Akhil diterima menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Indonesia. Dia berkawan rapat dengan seorang kenalan kuliahnya bernama Mazlina yang sama-sama menuntut di sana.

Akhil juga bekerja secara sambilan di sebuah majalah dan berkenalan pula dengan gadis bernama Fatiha, anak kepada pemilik sebuah syarikat penerbitan majalah. Hubungan mereka kemudiannya menjadi semakin akrab.

Satu hari, Akhil telah bertemu dengan Shila. Shila menceritakan kesusahannya kepada pemuda itu. Di sana Shila hidup berpeleseran dan mahu kembali ke kampung. Akhil nekad mahu membimbing Shila kembali ke jalan yang benar.

Namun setibanya di kampung, Shila terpaksa menerima kenyataan ibunya telah meninggal dunia.

Shila benar-benar terkilan dan amat sedih menerima kenyataan itu. Justeru dia memutuskan untuk memenuhi wasiat terakhir arwah ibunya yang mengharapkan Shila bersuamikan Akhil.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan