Misha Omar Pitam, Muntah Ketika Pementasan 'Nyonya and The Gang'

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farah Fauzana dan Misha Omar
Farah Fauzana dan Misha Omar

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Misha Omar menghadapi masalah kesihatan apabila secara tiba-tiba pitam dan muntah sebelum tamatnya pementasan teater Nyonya and The Gang di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Sabtu.

Pengarah teater tersebut, Rosminah Tahir berkata, Misha mungkin kurang tidur dan keletihan akibat latihan teater yang dilakukan sejak sebulan lalu.

"Dia tiba-tiba pitam dan muntah-muntah mungkin dia masuk angin kerana kurang tidur dan terlalu letih.

"Namun begitu dia tetap ingin keluar ke pentas bagi menghabiskan babak lakonannya pada malam ini," katanya ketika ditemui selepas selesai pementasan teater Nyonya and The Gang, di sini, malam Sabtu.

Jelas Rosminah, penyanyi lagu Angin Syurga itu mungkin akan direhatkan atau digantikan sementara jika keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Dia sudah ke klinik dan kalau keadaan dia serius kita terpaksa beri dia rehat dan watak Keponakan Cantik akan digantikan oleh saya jika terpaksa," ujarnya.

Misha yang membawakan watak Keponakan Cantik kelihatan aktif pada awal pementasan berlangsung dan berjaya menarik perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang bersahaja.

Bagaimanapun penampilan Misha pada babak terakhir menjadi tanda tanya apabila dia hanya duduk lesu dan dipapah oleh beberapa pelakon lain ketika berada di atas pentas.

Teater Nyonya and The Gang mula dipentaskan pada Jumaat lalu hingga 20 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan