Rossa Dikritik Tidak Bertudung Selepas Tunai Haji

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rossa
Rossa

KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Indonesia, Rossa mengakui dikritik hebat gara-gara tidak bertudung litup selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada tahun lalu.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, yang hanya memakai tudung selama dua bulan selepas melaksanakan Rukun Islam ke lima itu bagaimanapun berkata, dia menerima kritikan itu secara positif selain menyifatkan orang ramai sekadar prihatin terhadapnya.

"Saya faham apabila ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak bertudung walaupun sudah bergelar hajah seperti kebanyakan wanita lain.

"Ramai juga yang mengkritik, tetapi saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya tahu kritikan itu untuk kebaikan saya juga.

"Bagaimanapun semua itu perlu datang pada diri sendiri. Apabila tiba masanya nanti pasti saya akan bertudung juga," katanya yang ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Hotel JW Marriot di sini, Jumaat.

Tambah Rossa, dia juga perlu selesaikan beberapa kontrak yang memerlukan dirinya tidak bertudung sebelum membuat keputusan mengubah ke imej baru.

Sementara itu, Rossa bersama-sama dengan tiga selebriti Indonesia iaitu Hedi Yunus, Pasha (Ungu) dan Sarah Sechan dilantik sebagai jurucakap bagi program Enjoy Jakarta bertujuan mempromosikan negara itu di Malaysia.

Mereka juga turut mengadakan konsert ‘Enjoy Jakarta 2013 Anniversary-Lake Garden Kuala Lumpur’ di Taman Tasik Perdana pada pukul 8.30 malam Jumaat (semalam).

"Konsert itu istimewa bagi peminat muzik Indonesia di Malaysia kerana ia merupakan satu platform bagi mengetengahkan tradisi dan budaya Indonesia yang pasti memikat hati peminat muzik Malaysia.

"Dalam pada itu, kami juga mahu budaya Indonesia lebih dekat lagi di hati masyarakat Malaysia memandangkan kedua-dua negara ini mempunyai persamaan budaya," ujar Rossa.

Legenda rock Malaysia, Amy (Search) turut memeriahkan konsert tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan