Azza (AF1) Kahwin Tahun Depan Selepas 4 Bulan Kenal

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azza
Azza

KUALA LUMPUR: Selepas berkenalan dengan seorang jejaka empat bulan lalu, bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Azza mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Azza atau nama sebenarnya Azariah binti Suaymi, 31, berkata, walaupun kenal dalam tempoh yang singkat, dia percaya kekasihnya itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang diinginkan untuk dijadikan suami.

"Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa seorang lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan tidak teragak-agak mahu berkahwin dengannya walaupun baru empat bulan berkenalan.

"Itulah orang kata, walaupun sekejap perkenalan itu, jika ada jodoh tidak ke mana. Dia telah pun berjumpa dengan keluarga saya, begitu juga sebaliknya. Doakan kami dijodohkan bersama selamanya, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Tambah Azza, dia juga bersyukur kerana kekasihnya itu juga cukup memahami kariernya sebagai pelakon walaupun kadang kala terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama.

Sementara itu, Azza berkata, dia bersyukur walaupun bidang nyanyian gagal menyerlahkan dirinya, kerja lakonan dilihat lebih memberi impak.

"Sekarang ini saya hanya berlakon dan saya tolak ke tepi terus bidang nyanyian. Mungkin rezeki saya bukan sebagai penyanyi.

"Saya mahu fokus pada satu bidang sahaja agar bakat saya dapat digilap dengan lebih baik lagi. Jika dikira, sudah lapan tahun saya bekerja sebagai pelakon sepenuh masa.

"Walaupun tidak popular, tidak apa, asalkan tawaran lakonan masih ada, ia sudah melebihi daripada cukup," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza baru sahaja selesai penggambaran drama Iman Nabila, arahan Shuhaimi Lua Abdullah terbitan Suhan Movies Productions yang telah memulakan siaran sejak 10 Jun lalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan