Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zzati
Zzati

PETALING JAYA: Penyanyi baru Zzati, 20, menolak tuduhan kononnya dia menjadi punca, pemain bola sepak kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Ryukyu FC ingin kembali ke tanah air sebelum kontrak tamat.

Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid berkata, sebagai teman wanita penyerang Harimau Malaya itu, dia juga mahu melihat kerjaya Wan Zack berkembang pada peringkat antarabangsa.

"Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi.

"Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa.

"Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu," katanya ketika dihubungi mStar Oline, di sini Khamis.

Zzaty berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung pemain bola sepak negara, Wan Zack Haikal yang berhasrat untuk kembali beraksi di Liga Malaysia sebelum kontraknya selama dua tahun dengan kelab Ryukyu FC di Jepun tamat.

Wan Zack menyertai kelab Ryukyu FC sejak Mac lalu.

Selain diumpan dengan tawaran kemewahan Liga Malaysia, masalah teman wanita dikatakan turut menjadi punca pemain berusia 22 tahun itu ingin pulang ke tanah air.

Kata Zzati, biarpun berjauhan, mereka sentiasa berhubung dengan pelbagai cara dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi.

"Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih.

"Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zzati juga berkata dia akan ke Jepun jika diperlukan bagi memberi semangat kepada pemain tersebut.

"Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara.

"Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zzati kini sedang sibuk mempromosi ‘single’ terbaharunya berjudul Malu-Malu Mahu terbitan MVM Production Sdn. Bhd.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan