Ozzy & Sharon Osbourne Rujuk Semula

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ozzy dan Sharon Osbourne muncul bersama pada pelancaran album Black Sabbath pada Selasa lalu.
Ozzy dan Sharon Osbourne muncul bersama pada pelancaran album Black Sabbath pada Selasa lalu.

SELEPAS dikhabarkan berpisah pada pertengahan April lalu, Ozzy Osbourne dan Sharon Osbourne membuat keputusan untuk kembali bersama.

Menurut laporan portal Dailymail, pasangan itu telah membuat kemunculan pertama apabila dilihat berjalan bersama pada majlis pelancaran album Black Sabbath pada Selasa lalu.

"Selepas dua dekad berkahwin, ternyata jalinan cinta mereka masih kuat. Walaupun masih belum tinggal bersama selepas berpisah, namun mereka masih lagi saling menyayangi.

"Keputusan Sharon dan Ozzy merujuk kembali membuatkan semua orang senang hati dengan berita itu," kata sumber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan