Mangsa Dilanggar Ari Wibowo Meninggal Dunia - Berita Hiburan | mStar

Mangsa Dilanggar Ari Wibowo Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ari Wibowo
Ari Wibowo

JAKARTA: Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia, Khamis.

Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu.

Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut.

Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia.

"Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan," katan Ari seperti dipetik Liputan6.com.

Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan