Razali Hussain Sahkan Nikah Guru Jumaat Lalu

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Razali dan Nik Nor Azlina kini sah bergelar sebagai suami isteri.
Razali dan Nik Nor Azlina kini sah bergelar sebagai suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussain mengesahkan dia selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Nik Nor Azlina, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras dekat sini.

Razali, 37, berkata, dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami kepada seorang guru dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000.

"Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu.

"Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Tambah Razali, majlis persandingan pihak lelaki pula akan diadakan di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu, Razali berharap agar mana-mana pihak yang tidak dijemput ke majlis pernikahan itu agar tidak berkecil hati memandangkan keluarga kedua-dua belah pihak inginkan sebuah majlis yang sederhana dengan kehadiran saudara-mara sahaja.

"Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin.

"Tambah pula majlis ini berlangsung di sebelah pihak perempuan. Yang hadir pada hari itu pun hanya teman-teman rapat yang menyertai program Audition dahulu dan penyanyi Farhan. Itu sahaja," jelasnya.

Ditanya apakah perasaannya selepas bergelar suami, Razali berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh pada usia yang agak lewat, namun dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang cukup memahami.

"Saya harap dengan usia kematangan ini saya dapat memikul tanggungjawab sebagai suami, Insya-Allah," tuturnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan