Jiran Kurang Senang Dengan Taylor Swift

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Taylor Swift dikhabarkan mempunyai perselisihan faham dan tidak disenangi oleh jiran tetangganya di kawasan Watch Hill, Rhode Island.

Seperti dilaporkan Digital Spy, jiran tetangganya berasa marah kepada pengawal peribadi Taylor kerana tidak membenarkan mereka menghampiri pantai berhampiran rumah penyanyi tersebut.

Penyanyi berusia 22 tahun itu mempunyai kemudahan khusus termasuk pantai peribadi di kawasan rumahnya.

Pengawal peribadi menganggap kehadiran orang lain akan mengganggu ketenangan Taylor sehingga dia terpaksa mengusir mereka.

Sebelum ini rumah penyanyi tersebut pernah dicerobohi oleh orang awam sehingga menyebabkannya membuat kawalan lebih ketat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan