Kes Khalwat Tidak Jejas Rumah Tangga Beego, Linda

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego,33, berkata kes khalwat yang masih berjalan di mahkamah tidak menjejaskan hubungan rumah tangga yang baru dibinanya bersama Linda Hashim, 29, pada Jumaat lalu.

Malah, Beego berkata, Linda dan keluarga mertuanya sentiasa memberi semangat untuk dia berhadapan dan menyelesaikan kes ini.

"Kes itu masih lagi berjalan, saya akan naik mahkamah lagi dan saya sedang cari peguam yang terbaik untuk selesaikan kes ini dengan segera.

"Bagaimanapun, Alhamdulillah keluarga sebelah Linda faham dengan situasi saya dan tahu cerita sebenar, malah memberi sokongan moral kepada saya," katanya ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes khalwat terhadap dirinya.

Pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Tambahnya, kes tersebut terjadi sebelum dia mengenali dan bercinta dengan isterinya lagi.

"Linda faham dan terima saya seadanya, sebelum bercinta lagi dia tahu saya seorang artis bermasalah.

"Saya harap selepas berkahwin ini saya akan jadi suami yang terbaik untuk dia," katanya.

Sementara itu, Linda berkata selepas mengenali Beego, lelaki tersebut bukan seperti yang digambarkan sebelum ini.

"Sebelum kenal dia, saya tahu pasal kes itu tapi saya tidak ambil kisah sangat sebab kami kenal hanya sebagai rakan artis, jadi kesihan dekat dia sahaja.

"Namun selepas bercinta, dia jelaskan keadaan sebenar dan bagaimana perkara itu terjadi, dan saya tahu masalah yang datang kepada dia bukan dia yang cari masalah," katanya.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 7 Jun lalu dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan