Fazley Yaakob Jadi Sukarelawan Pulih Imej Banduan

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazley Yaakob
Fazley Yaakob

PETALING JAYA: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Dr Fazley Yaakob menganggap pelantikan sebagai Ikon Sukarelawan Artis, Jabatan Penjara Malaysia sebagai peluang menjalankan tanggungjawab sosial dalam memulihkan semula imej banduan di Malaysia.

Fazley, 34, berkata masyarakat perlu memberi peluang kedua kepada banduan yang sudah menjalani hukuman agar diterima menjadi sebahagian daripada komuniti dan masyarakat di negara ini.

"Saya sangat teruja apabila dijemput beberapa bulan lalu untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan dan aktiviti mereka di dalam penjara.

"Apabila dipelawa untuk menjadi ikon sukarelawan kepada Jabatan Penjara Malaysia, saya tidak melepaskan peluang ini, ia merupakan tanggungjawab saya sebagai artis untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pandangan dan imej banduan," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Ahad.

Selain Fazley, pengacara dan Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana turut dilantik sebagai Ikon Sukarelawan Wanita pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Media anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Hotel Palm Garden dekat sini, Jumaat lalu.

Perlantikan Ikon Sukarelawan Artis ini juga merupakan pertama kali dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Tambah Fazley, dia dan Farah akan bertanggungjawab dan terlibat dalam segala aktiviti dan program kesedaran yang dianjurkan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Selain itu, sebagai selebriti dia juga menganggap kesedaran perlu diberikan kepada golongan artis yang sering terlibat dengan gejala tidak sihat yang membawa kepada jenayah.

"Saya juga dipilih agar dapat memberi kesedaran kepada golongan artis yang sering terlibat dengan jenayah akibat daripada pergaulan yang tidak sihat.

"Sebagai artis seharusnya kita menjadi contoh yang baik dan boleh menjadi ikutan kepada peminat dan bukan sebaliknya," ujarnya.

Sementara itu, Fazley turut menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah buku tentang kisah-kisah benar disebalik kejadian yang berlaku kepada banduan-banduan tersebut.

"Peluang bersama mereka ini saya akan gunakan untuk mengetahui cerita-cerita sebenar bagaimana mereka boleh terlibat dengan jenayah dan akan saya bukukan agar menjadi panduan kepada masyarakat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan