'Miang Buluh Keladi Birah' Drama Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Filem Bade Azmi (kanan) menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh pelakon terkenal Rosyam Noor setelah dinobatkan sebagai pemenang Telefilem Terbaik bertajuk Miang Buluh Keladi Birah pada Majlis Anugerah Tribute P.Ramlee. - Foto BERNAMA
Pengarah Filem Bade Azmi (kanan) menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh pelakon terkenal Rosyam Noor setelah dinobatkan sebagai pemenang Telefilem Terbaik bertajuk Miang Buluh Keladi Birah pada Majlis Anugerah Tribute P.Ramlee. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Drama arahan Badarudin Azmi berjudul Miang Buluh Keladi Birah dinobatkan sebagai drama terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada malam Jumaat.

Diinspirasikan daripada lagu Tanya Sama Hati ciptaan seniman lagenda Tan Sri P. Ramlee, telefilem yang mengisahkan percintaan golongan muda di zaman moden yang penuh mencabar itu turut menobatkan Badarudin atau lebih dikenali sebagai Bade sebagai Pengarah Terbaik pada malam tersebut.

Bagi kedua-dua kategori itu Bade berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Miang Buluh Keladi Birah turut membawa pulang trofi bagi kategori Skrip Terbaik yang dimenangi oleh Marjan Hanani dan membawa pulang hadiah RM5,000 berserta trofi.

Majlis tersebut disiarkan secara langsung di TV1 turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir pada acara berkenaan adalah seniman dan seniwati terkenal seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Jamil Sulong, Mariani dan Neng Yatimah.

Acara pada malam itu turut menganugerahkan dua seniman terkenal iaitu Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S. Shamsuddin menerusi anugerah khas iaitu Anugerah Tokoh Lakon Melayu.

Penghargaan itu diberikan bagi mengenang jasa mereka yang turut sama merancakkan industri seni tanah air bersama P. Ramlee satu masa dulu.

Hadiah disampaikan oleh Datuk Mustafa Maarof dan seniwati Zaiton mewakili keluarga S.Shamsuddin untuk menerima trofi berkenaan.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik dimenangi oleh Sharifah Amani menerusi lakonan mantap mereka dalam drama arahan Erma Fatimah berjudul Selagi Cinta Berzikir.

Kedua-dua mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.

Manakala Mislina Mustafa (Di Manakan Ku Cari Ganti) dan Hanis Kamal Bakar (Miang Buluh Keladi Birah) dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Sementara itu, pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Seregar dipilih sebagai pemenang menerusi kategori Penampilan Istimewa dalam drama (Selagi Cinta Berzikir).

Semua pemenang dipilih menerusi penjurian profesional.

Anugerah tersebut anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd tersebut julung kali diadakan bagi mengiktiraf 10 telefilem berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada cucu P. Ramlee iaitu Najua P. Ramlee menerusi lagu Darah Muda.

Selain itu penyanyi Misha Omar turut menyampaikan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti manakala Musli Ramlee menerusi lagu Getaran Jiwa diiringi petikan piano daripada Syafinaz Selamat.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan pada acara itu adalah Sepahtu, One Nation Emcee, Dayang Nurfaizah dan Azlan The Type Writer.

Ia diacarakan oleh Linda Onn dan Terence Das.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Augerah Tribute P.Ramlee :

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Mislina Mustafa (Di Manakan Ku Cari Ganti)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Hanis Kamal Bakar (Miang Buluh Keladi Birah)

3. Penampilan Istimewa Terbaik : Datuk Ahmad Tarmimi Seregar (Selagi Cinta Berzikir)

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Beto Kusyairi (Selagi Cinta Berzikir)

5. Pelakon Wanita Terbaik : Sharifah Amani (Selagi Cinta Berzikir)

6. Videografi Terbaik : Bob Fitri (Dimanakan Ku Cari Ganti)

7. Skrip Terbaik : Manjan Hanani (Miang Buluh Keladi Birah)

8. Pengarah Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)

9. Drama Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan