Tiada Sebab Kelly Rowland Cemburui Beyonce

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelly dan Beyonce telah berkawan baik sebelum penubuhan kumpulan Destiny's Child lagi.
Kelly dan Beyonce telah berkawan baik sebelum penubuhan kumpulan Destiny's Child lagi.

BEKAS anggota kumpulan Destiny's Child iaitu Kelly Rowland menafikan lagu terbaharunya berjudul Dirty Laundry ditujukan kepada rakan baiknya, Beyonce.

Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencemburui kejayaan Beyonce sebagai penyanyi solo malah sangat berbangga dengan pencapaiannya.

"Sudah bertahun-tahun ada pihak yang cuba melaga-lagakan kami dan mengatakan saya cemburu dengan kejayaan Beyonce tetapi perkara itu tidak benar.

"Kami membesar bersama-sama dan dia adalah orang paling rapat dengan saya," katanya ketika ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen bagi mempromosikan album terbaharunya Talk a Good Game.

Kelly berkata, Beyonce telah mendengar lagu tersebut sebelum ia dilancarkan dan dia amat menyukainya.

Katanya, lagu berkenaan adalah sebenarnya berkisarkan mengenai kekasaran dan penderaan yang berlaku dalam keluarganya semasa dia kecil.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan