Ashraf Muslim Letak Jawatan Di Pusat Rawatan Islam

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya mengenai perletakan jawatannya daripada Pusat Perubatan Islam Al Hidayah yang juga milik bapa mertuanya.
Ashraf gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya mengenai perletakan jawatannya daripada Pusat Perubatan Islam Al Hidayah yang juga milik bapa mertuanya.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengamal perubatan Islam iaitu Ashraf Muslim dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan pusat rawatan tersebut dalam satu entri di laman web rasmi mereka pada Rabu lalu.

Pihak berkenaan turut memaklumkan Ashraf, 32, juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf iaitu Lokman Abdul Hamid, 52, dan beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

"Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu.

Pada Mei lalu nama Ashraf menjadi perhatian apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.

Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.

Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu berhubung peletakan jawatannya gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan