Astro Cuba 'Selamatkan' Pelawak Terpinggir

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Program Haha Hihi menampilkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia. Foto RAYMOND OOI
Program Haha Hihi menampilkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia. Foto RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Para pelawak yang dicungkil menerusi program terbitan Astro seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang kurang bersinar akan diberi peluang muncul menerusi program-program lawak terbitan stesen televisyen itu.

Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, sebagai langkah pertama, pihaknya akan menerbitkan program lawak Haha Hihi dengan melibatkan pelawak-pelawak terpinggir berbakat bagi menjayakan program itu.

"Ramai sebenarnya pelawak berbakat yang dilahirkan di bawah Astro dan sayang rasanya jika kita tidak mendedahkan bakat itu kepada umum.

"Haha hihi adalah salah satu cara memberi peluang kepada pelawak yang terpinggir yang lahir daripada program seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak kerana mereka mempunyai bakat yang bagus.

"Bukan setakat program ini sahaja tetapi kami akan cuba membantu mereka untuk rancangan lain," katanya.

Antara pelawak-pelawak yang terlibat dengan Haha Hihi ialah pelawak dari Indonesia iaitu Saywho, Fuad, Cacing dan Endah serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Malaysia seperti Shuk (Balas), R2, Jihan, Mamat (Sepah), Arin dan Shiro.

Ia merupakan program di bawah saluran Bintang (141) berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak dari kedua-dua negara.

Program selama 30 minit yang berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat tempatan dua negara itu akan mempunyai tiga segmen iaitu Sketsa Komedi, Prank & Magic dan Parody.

"Saluran Bintang yang biasanya memaparkan program-program dari Indonesia bukan sahaja ditonton oleh penonton negara seberang itu tetapi juga masyarakat tempatan.

"Jadi bagi memberikan kepuasan kepada penonton, kami menggabungkan personaliti-personaliti dua negara ini dalam menghasilkan sebuah program komedi yang berbeza namun pada masa sama lawak-lawak yang disampaikan begitu dekat dengan jiwa peminat kerana ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat seharian," ujar Nizam.

Haha Hihi akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Jun ini pukul 10 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan