Artis Anak Yatim Anggap Kehilangan Ibu Beri Kesan Mendalam

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aeril Zafril
Aeril Zafril

PETALING JAYA: Artis-artis yang bergelar anak yatim akibat kematian ibu menyifatkan kehilangan insan istimewa itu memberi kesan yang amat mendalam terhadap diri mereka.

Kebanyakan mereka berpendapat, teguran seseorang ibu itu adalah untuk kebaikan anak masing-masing walaupun kadangkala nasihat berkenaan sukar untuk diterima.

Malah kata mereka, ibu mana di dunia ini yang tidak akan memarahi anak-anak mereka kerana ia adalah peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang penjaga agar individu yang berada di bawah jagaan mereka tidak tersasar daripada landasan.

mStar Online mendapatkan pelakon Aeril Zafril, Linda Hashim dan Eira Syazira mengenai hubungan dengan ibu dan apakah yang mereka rasai selepas ibu masing-masing telah pergi buat selama-lamanya.

********************************************

PELAKON Aeril Zafril berkata, pemergian ibunya, Supiah Munahid pada 30 November 2010 lalu begitu memberi kesan yang benar-benar mendalam buat dirinya.

Aeril, 25 berkata, segala kata-kata yang pernah diucap oleh ibunya diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang orang artis ketika ini.

"Sejak ibu pergi saya rasa satu kehilangan yang sangat besar dalam hidup dan semangat saya seperti sudah pergi bersama-samanya.

"Namun saya kuatkan hati ini dan sentiasa ingat pesanan-pesanan dia, selain itu juga apa yang dia tegur atau marah saya jadikannya sebagai panduan," katanya.

Ujar Aeril, sebagai seorang anak yang paling rapat dengan ibu, dia tidak terlepas daripada dimarahi.

"Kena marah itu perkara biasa, ibu marah kerana dia sayang pada kita. Dulu, kalau ibu marah, saya akan buat lawak dan dia tak jadi marah tapi kalau saya marah dia pula, saya tidak mahu makan sehinggalah dia pujuk saya.

"Tapi biasanya tidak berlarutan, sebagai anak kita tahu batas-batasnya untuk tunjuk tanda protes kepada mereka," katanya.

Jelas Aeril, dia sempat menjaga ibunya di saat-saat akhir Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

"Alhamdulillah saya berada di sisinya ketika dia meninggal dunia. Ketika ibu sakit saya kerap ulang alik dari tempat penggambaran ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjaganya," kata Aeril.

Namun, apa yang dikesali, ibunya tidak sempat menonton lakonan pertamanya iaitu filem Aku Tak Bodoh.

Sementara itu, pelakon Norhazlinda Hashim atau Linda Hashim berkata, dia terkilan kerana tidak berpeluang untuk membalas kasih sayang ibunya selama ini.

Kata Linda, pemergian ibunya, Zurinah Ariff ketika dia masih lagi bersekolah.

"Satu perkara yang saya terkilan ialah tidak dapat balas jasanya terutama dari segi wang ringgit.

"Arwah tidak sempat merasai hasil wang daripada titik peluh saya. Sehingga kini, jika saya ke mana-mana saya mempunyai perasaan teringin untuk membeli sesuatu untuk ibu.

"Kalaulah dia ada lagi saya mahu beri semua duit yang saya dapat untuk dia," ujarnya.

Sementara itu, Linda berkata, salah satu cara untuk mengatasi perasaan marah kepada ibu adalah dengan berdiam diri.

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita anak beranak, ibu mana yang tidak pernah tegur dan marah jika kita buat kesalahan.

"Sebagai anak juga kita tentunya ada sifat marah dan protes, biasanya saya akan diam sahaja kalau kena marah dengan ibu. Sebabnya kalau saya melawan pun tiada guna," katanya.

Bagaimanapun, Linda yang bakal bernikah pada 7 Jun ini dengan aktor, Beego berkata, kehadiran bakal ibu mertuanya sedikit sebanyak mengubat rasa rindu kepada ibu kandung.

Manakala, pelakon Eira Syazira yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Che Ruhani Che Hassan pada 27 Mei lalu menganggap peristiwa itu umpama kehilangan seorang wanita hebat dalam hidupnya.

Dia baru yang melahirkan cahaya mata, Amarra Sofes Rose, lima bulan lalu bersyukur ibu sempat melihat kehadiran cucunya.

"Mummy seorang wanita kuat dan hebat dalam hidup saya, dia tidak pernah kenal erti penat dan gagal.

"Dia sentiasa beri semangat dan menjadi sumber inspirasi kepada saya dan adik-adik," ujarnya.

Kata Eira, dia bersyukur kerana suaminya Azad membuat keputusan yang tepat apabila menolak tawaran berlakon drama di London pada saat-saat terakhir ibunya.

"Azad dapat tawaran untuk dua buah drama di London dan minta saya ikut sekali kerana tidak boleh berenggang dengan Amarra.

"Tapi akhirnya kami buat keputusan untuk tolak tawaran tersebut memandangkan keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan," ujarnya.

Tambah Eira, dia menganggap semua kata-kata dan teguran daripada ibunya adalah sebagai panduan bagi membolehkan dia menjadikan contoh untuk mendidik Amarra.

"Mummy marah dan tegur ada sebabnya. Kalau dulu kita protes sebab kita sangka apa yang dia cakap tu tidak betul.

"Namun apabila saya dah besar dan ada anak, barulah saya fikir kembali apa yang mummy cakap ketika zaman remaja saya itu semua ada benarnya," kata Eira.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan