Jehan Miskin Tangguh Berbulan Madu

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jehan Miskin
Jehan Miskin

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin terpaksa menolak tawaran berlakon dan menangguhkan impian untuk berbulan madu kerana mahu menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai pengarah drama bersiri What If.

Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya kepada projek tersebut yang dijangka berakhir pada akhir bulan ini.

"Ini kali pertama saya arah drama bersiri dan ia tidak mudah seperti yang saya disangka kerana drama ini sangat berat dan saya mahu buat yang terbaik.

"Saya menumpukan perhatian sepenuhnya, sehingga tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon hingga hujung tahun ini, sementara bulan madu pun terpaksa pergi selepas selesai semuanya," katanya.

Jehan bernikah dengan wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee, 29, pada 4 Mei lalu.

Bercerita pengalaman sebagai pengarah, Jehan mengakui ia agak mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.

"Sebelum ini saya pernah mengarah untuk telefilem, dokumentari dan video korporat namun ia tidak susah dan memerlukan komitmen yang tinggi seperti mengarah drama bersiri ini.

"Salah satu perkara yang susah adalah untuk mengumpul ramai pelakon dalam satu masa lebih susah kalau pelakon itu popular dan banyak penggambaran lain," ujarnya.

Sementara itu, hampir enam bulan tidak mengambil sebarang tawaran berlakon, Jehan mengakui agak rindu kepada kerjaya tersebut.

"Saya rindu untuk berlakon, tapi bagilah peluang kepada pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik.

"Buat masa ini saya berehat dulu dan jika ada tawaran dan skrip yang menarik saya akan ambil," katanya yang bakal menjalani penggambaran program travelog di Sabah.

Drama 13 episod ini mengisahkan beberapa cerita berlainan pada setiap episod, antaranya What If A Mother Become Serial Killer, What If Man Become Woman, What If Buried Life, What If Overnight Famous

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini ialah Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Elaine Daily, Nas-T, Chelsia Ng, Peter Davis, Reefa, Julie Woon, Prem Shanker dan ramai lagi.

Siri kisah seram dan suspens What If bakal menemui penonton pada setiap Rabu, mulai 5 Jun 2013, pukul 10 malam di 8TV.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan