Siti Nurhaliza Simpan Hasrat Untuk Ke Gaza

Diterbitkan: Selasa, 4 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza. Foto SAM THAM
Siti Nurhaliza. Foto SAM THAM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyimpan hajat untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu yang telah diserang oleh rejim Zionis.

Siti, 34, berkata, hasrat itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.

"Sudah lama sebenarnya saya mahu ke Gaza bagi melihat sendiri kesusahan masyarakat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan.

"Bagaimanapun saya perlu berbincang dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dahulu untuk meminta izin daripadanya.

"Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (gara-gara ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu)," katanya.

Siti ditemui pada sidang media Majlis Minum Petang 'Rebuild Gaza For A Nation' di Hotel De Palma di sini, pada Isnin

Tambah penyanyi lagu Galau ini, walaupun mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah ke negara itu, namun dia tetap nekad mahu menjejakkan kaki ke tanah Gaza selain bertawakal kepada Allah S.W.T agar tidka berlaku perkara yang tidak diingini.

Justeru itu, sebagai langkah membantu masyarakat Palestin, Siti bersama-sama kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang 'Rebuild Gaza For A Nation' yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.

Majlis tersebut adalah atas usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn Bhd, bagi mencetus kesedaran serta mengumpul dana membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk kerana serangan Zionis Israel.

Salah seorang ahli Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, majlis tersebut merupakan salah satu acara dalam merealisasikan enam projek khas Mapim untuk rakyat Gaza seperti membina semula rumah dan masjid, menyediakan rumah anak yatim, menaik taraf dan membina hospital, program tajaan pendidikan dan menyediakan modal (mikro kredit) kepada usahawan kecil.

"Kesemua projek ini memerlukan kos sebanyak RM30 juta bagi membantu penduduk Gaza. Tetapi untuk majlis minum petang ini ia merupakan sebahagian acara dalam mengumpulkan dana tersebut.

"Dewan hotel dapat memuatkan seramai 800 orang dan kami harap agar dewan penuh dengan jualan tiket RM1,500, RM 2,500 dan RM5,000 untuk satu meja. Sebahagian wang tersebut akan disumbangkan ke tabung berkenaan," ujarnya.

Dalam pada itu sebuah program realiti masyarakat di Gaza yang memaparkan usaha pembangunan semula daerah berkenaan juga bakal diterbitkan.

Kemudian, ia akan disusuli dengan konsert Malam Kemuncak 5 Negara: Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini (tarikh belum ditentukan).

Acara kemuncak itu yang diadakan di Kompleks Space U8 Shah Alam akan turut diisi dengan segmen bersama aktivis Mapim yang berkunjung ke Gaza.

Sebelum ini, penganjur telah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan, antaranya Makan Malam Amal Hospital For Gaza dan Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation, di Alor Setar, Kedah.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook di www.facebook.com/mapim dan www.mapim2u.com.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Dana Pembangunan Semula Gaza, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank: Tabung Gaza MAPIM 5582-2060-1374 dan BIMB: Tabung Gaza MAPIM 0801-3010-1007-5820.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan