Anak Andy (Flop Poppy) Bercinta Dengan Wanita 13 Tahun Lebih Tua

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daniel mengakui lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih berusia.
Daniel mengakui lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih berusia.

PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lalu.

Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 21, berkata, perbezaan usianya dengan Asimareen, 34, itu tidak menjadi penghalang untuk dia memilih wanita berkenaan sebagai kekasih dan seterusnya bergelar isteri jika ada jodoh.

"Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa.

"Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dan yang juga vokalis kumpulan Loka mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan wanita berkenaan berikutan banyak koleksi gambar mereka dimuat naik ke laman sosial Facebook dan Instagram milik mereka.

Dalam pada itu, Dan berkata, dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat mengenai hubungan itu kerana apa yang penting bapanya serta ahli keluarga yang lain tidak mengalang hubungan berkenaan.

Malah katanya, hubungan mereka juga saling melengkapi antara satu sama lain.

"Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka," katanya.

Dan turut memberitahu mengenali Asimareen menerusi kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.

Pada mulanya keluarga tidak mengetahui tentang hubungan tersebut tetapi ia dapat dihidu oleh ibunya yang juga kenalan kepada Asimareen.

"Keluarga saya sangat menyokong dan selesa dengan kehadiran Asimareen sebagai kekasih saya malah kami sering keluar bersama-sama jika ada masa terluang," ujarnya yang berharap hubungan itu akan berkekalan dengan sebuah perkahwinan.

Dalam perkembangan lain, Dan berkata, kumpulan Loka telah muncul dengan single berjudul Jangan Pergi dan mereka baharu sahaja selesai merakamkan muzik video lagu berkenaan.

"Asimareen turut terlibat sebagai model dalam muzik video berkenaan dan saya juga ada mencipta sebuah lagu berjudul Demi Kita khas buatnya dan berhasrat untuk mengeluarkan lagu itu sebagai single," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan