Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Izzue menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai upacara akad nikah.
Izzue menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai upacara akad nikah.

SHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.

Majlis serba sederhana itu diadakan di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Sejurus selepas selesai akad nikah, Izzue yang turut menyambut hari jadinya pada hari ini memberitahu dapat memperisterikan Awin pada hari lahirnya merupakan hadiah paling istimewa.

Jelasnya, dia bersyukur hubungan cinta mereka selama enam tahun akhirnya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat mereka.

"Syukur ini adalah hadiah yang paling istimewa pada hari jadi saya kerana mendapat seorang isteri," ujarnya.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain dua bentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Izzue kepada Awin termasuklah senaskah Al Quran, sirih junjung, beg tangan jenama Fossil, sepasang jubah, set barangan kemas Habib Jewel, jam tangan dan dompet.

Manakala Awin membalas dengan sehelai baju Melayu, jam tangan jenama Marc Jacob, dompet, sebuah komputer riba, cokelat, sejadah, minyak wangi Paco Rabanne, kamera digital dan sirih junjung.

Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan 'Classic Bridal'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.

Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N'dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan 'Indoor Garden'.

Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan