Kumpulan Manifesto Juara Versus Musim Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Manifesto
Kumpulan Manifesto

SHAH ALAM: Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat.

Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama," kata mereka.

Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu 'mash-up' dan persembahan lagu baru.

Bagi pusingan 'mash-up' Manifesto membawakan lagu Biar Putih Tulang dan Bukan Cinta Biasa, Estranged (Aku Cinta Padamu dan Belaian Jiwa), Kristal (Awas dan Peronda Jaket Biru), Kyoto Protocol (Tiada Lagi Kidungmu dan Rindu) dan Oh Chentaku (Tamparan Wanita, Papa Jahat dan Seindah Biasa).

Manakala untuk lagu baru pula Manifesto menyampaikan lagu berjudul Manifesto, Estranged (Chill, Brader), Kristal (Persoalan), Kyoto Protocol (Jelita) dan Oh Chentaku (Seri puteh).

Bagaimanapun dua kumpulan iaitu, Manifesto dan Kyoto Protocol yang berjaya mendapat undia tertinggi pada malam itu perlu mempersembahkan sebuah lagu daripada kumpulan rock terkenal XPDC sebagai menentukan juara pada pertandingan malam itu.

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan Datuk Hattan sebagai juri jemputan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Konsert akhir Versus telah bersiaran langsung menerusi saluran TV9 itu diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan