Anang Sahkan Ashanti Alami Keguguran

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashanty dan Anang telah berkahwin selama setahun.
Ashanty dan Anang telah berkahwin selama setahun.

PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah mengesahkan isterinya, Ashanty mengalami keguguran pada malam Khamis lalu.

Anang berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu namun isterinya itu berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Ya benar berita berkenaan, dia (Ashanty) sedang berehat," ujarnya ringkas.

Ashanty sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas namun kandungannya berada dalam keadaan baik.

Pasangan itu sebelum ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas Ashanty disahkan sedang hamil enam minggu dan penyanyi itu akan mengehadkan aktiviti seni bagi menjaga kandungannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan