Bukti Bukan Lesbian, Kelly Clarkson Kahwin Oktober Depan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelly Clarkson
Kelly Clarkson

SELAMA ini, tuduhan dirinya seorang lesbian sering membayangi kehidupan penyanyi Kelly Clarkson, namun dia membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Menurut laporan Contact Music, penyanyi lagu Stronger itu akan berkahwin pada 20 Oktober depan dengan kekasihnya, Brandon Blackstock di Nashville, Tenessee.

Teman baik pasangan itu, penyanyi 'country,' Blake Shelton akan menjadi saksi pernikahan mereka nanti.

Kelly dan Brandon telah mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu, namun telah menjalinkan hubungan cinta dalam tempoh masa yang agak lama.

Bagaimanapun, sepanjang bertahun-tahun Kelly dalam dunia muzik, penyanyi itu tidak pernah dilihat menghabiskan waktu bersama dengan lelaki itu.

Dan kerana itu, Kelly dianggap wanita yang suka berpasangan sesama jenis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan