Motosikal Berkuasa Tinggi Jadikan Linda Onn Lebih Fokus

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linda memberitahu pengendalian motosikal yang mencecah 1200 cc bukan mudah untuk seorang wanita namun ia cukup menyeronokkan. Foto BRIAN MOH.
Linda memberitahu pengendalian motosikal yang mencecah 1200 cc bukan mudah untuk seorang wanita namun ia cukup menyeronokkan. Foto BRIAN MOH.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn semakin teruja aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menyifatkan hobi tersebut dapat membantunya menjadi seorang yang lebih fokus dengan aktiviti seharian.

Linda, 36, berkata, memiliki dua motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster dan Harley Davidson, yang mencecah 1200 cc itu sememangnya bukanlah mudah untuk seorang wanita menyelenggarakannya namun ia cukup menyeronokkan.

"Motosikal berkuasa tinggi ini berat dan memerlukan penunggangnya memberikan fokus ketika di jalan raya. Pada mulanya saya memang takut tetapi kerana minat mendalam ia berjaya memberikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata," jelasnya.

Kata Linda, aktiviti itu juga dapat melepaskan tekanan selepas sibuk dengan pelbagai tugas sebagai penyampai radio dan usahawan.

Dalam pada itu, Linda berkata, selepas tiga tahun aktif dengan aktiviti tersebut, dia kini semakin mahir tentang selok-belok penyelenggaraan melalui rakan-rakan yang mempunyai minat sama.

Jelas Linda, mereka sering berkongsi maklumat tentang teknik penjagaan motosikal setiap kali berkumpul pada hujung minggu atau menyertai konvoi.

"Selain berkongsi maklumat tentang penjagaan motosikal dan mendapat kenalan baru, konvoi yang diadakan juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menjelajah ke kawasan yang jarang dikunjungi," katanya.

Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Street Fighter dan Panigale pada masa akan datang, Linda bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita walaupun ia masih dipelopori kaum lelaki.

"Minat itu ada cuma mereka takut dan tidak yakin dapat mengendalikan motosikal berkuasa tinggi dengan baik. Bagaimanapun semakin ramai wanita yang telah mula menjadikan aktiviti ini sebagai hobi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Linda, setakat ini dia tidak pernah menyertai mana-mana kelab motosikal berkuasa tinggi kerana ingin memperluaskan rangkaian kenalannya menerusi aktiviti tersebut yang dianggap semakin berkembang di Malaysia.

Linda juga memberitahu dia teruja dapat menyertai konvoi sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung pada minggu lalu.

Sebelum ini Linda pernah menyertai kempen penjelajahan bermotor Jelajah 1Malaysia siri ketiga dengan membawa tema Kami Prihatin Membanteras Pembuangan Bayi 2011, Jelajah 1Malaysia dan pelbagai konvoi lain seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan