Michael Ang Jawab Berseluar Pendek Ke Majlis Sanding Anak Rosyam

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kepada Rosyam.
Michael sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kepada Rosyam.

PETALING JAYA: Pengarah drama dan peserta program MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Michael Ang kesal apabila dituduh tidak kesedaran sivik gara-gara hadir dengan berseluar pendek ke majlis perkahwinan anak perempuan pelakon Rosyam Nor pada 18 Mei lalu.

Ketika dihubungi mStar Online, Michael turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang disifatkan berat sebelah tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu kenapa dia berpakaian sedemikian untuk ke majlis berkenaan.

"Saya tidak marah apabila ditegur tetapi untuk mengatakan saya tiada kesedaran sivik adalah suatu tuduhan yang agak melampau kerana saya ada sebab tersendiri mengapa hadir dengan berseluar pendek.

"Malah saya sudah memohon maaf kepada Rosyam dan menjelaskan kepadanya sebab-sebab saya berimej sedemikian pada hari bahagianya untuk mendapat menantu itu," katanya.

Michael mengulas mengenai laporan yang mengkritiknya tidak mempunyai kesedaran sivik apabila tampil dengan berseluar pendek pada majlis perkahwinan anak Rosyam, Arniesha Azureen dengan pasangannya, Mohd Hafiz, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menjelaskan perkara itu, Michael berkata, pada hari berkenaan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Sweet Lola dan menyangka majlis berkenaan berlangsung pada Ahad dan bukannya Sabtu.

Bagaimanapun selepas dihubungi pelakon Sharifah Shahora tentang majlis berkenaan, baru dia menyedari acara itu berlangsung pada hari Sabtu selepas disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya.

"Saya ingatkan majlis itu pada hari Ahad tetapi selepas Shahora telefon dan ia turut disahkan oleh pembantu peribadi, saya tekad untuk pergi kerana sudah berjanji dengan Rosyam untuk hadir.

"Sudah tentu saya malu dan menganggap ia tindakan kurang sopan kerana berseluar pendek tetapi kerana kesuntukan masa saya tiada pilihan lain sebaliknya mahu memenuhi janji," jelasnya.

Tambah Michael, dia pada mulanya mahu membeli pakaian baru tetapi kerana kesuntukan masa dia hanya menukar baju dan seluar yang ada dalam keretanya.

Dalam perkembangan sama, Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penampilan Michael pada majlis persandingan tersebut.

Jelas Rosyam, Michael juga telah memohon maaf kepadanya dan menjelaskan sebab kenapa dia tampil berseluar pendek pada majlis berkenaan.

"Saya tiada masalah dengan perkara itu dan pada saya ia bukan satu isu besar. Paling penting dia hadir ke majlis tersebut," ujarnya.

Rosyam juga memberitahu beliau akan mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk anaknya pada 9 Jun depan di Bangsar, dekat sini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan