Bakal Isteri Berjaya Disiplinkan Zahid (AF)

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zahid bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Jun depan.
Zahid bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Jun depan.

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM dan penyanyi, Zahid mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya, Sarah Julifa Yusof, 25, kerana ketegasan wanita itu mendisiplinkan kehidupannya.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, berkata, Sarah telah banyak mengubah kehidupannya supaya lebih teratur dan menganggap ia sebagai satu kualiti terbaik dalam diri wanita itu.

"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Zahid, dia juga tertarik kepada Sarah kerana wanita itu memahami kariernya sebagai seorang selebriti.

Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya.

Manakala 15 Jun akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid yang juga akan diadakan di Teluk Intan.

Dalam pada itu, Zahid memberitahu dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali Sarah kerana tidak mahu bercinta terlalu lama.

Jelas Zahid, pada usianya sekarang dia telah bersedia untuk berumah tangga dan enggan hubungan yang dibina itu tidak mempunyai arah tujuan.

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya.

Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal isteri, Zahid berkata mereka berkenalan menerusi laman sosial Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu.

Jelas Zahid, Sarah juga adalah seorang kaki tangan Astro namun tidak pernah bertembung dengannya sebelum bercinta.

"Kami sepejabat namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya.

Sementara itu, Zahid berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dan berharap majlis itu nanti akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

"Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan