Tasha Shilla Akui Tiada Masa Bercinta

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tasha mengakui berkawan dengan ramai lelaki tetapi tiada masih belum ada yang istimewa.
Tasha mengakui berkawan dengan ramai lelaki tetapi tiada masih belum ada yang istimewa.

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengakui tidak mempunyai masa untuk bercinta berikutan tuntutan kerja yang menghadkan pergaulannya dengan lelaki.

Tasha berkata, dia kini berkawan dengan ramai lelaki, namun hanya sekadar teman biasa dan tidak berpeluang untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih mendalam.

"Buat masa ini saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada yang istimewa.

"Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk keluar bercinta atau mengenali hati budi dengan mana-mana lelaki," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, setakat ini juga, belum ada sesiapa yang berjaya meyakinkan dirinya dan membuka pintu hatinya untuk mendirikan rumah tanga.

Bagaimanapun, kata Tasha, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki serasi dengannya.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan seseorang lelaki yang betul-betul serasi dengan saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungan pelakon itu dnegan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli, Tasha berkata, dia masih berkawan dan tidak lebih daripada itu.

"Saya senang berkawan dengan dia, dia seorang yang jujur dan ikhlas serta memikirkan masa depan.

"Namun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa untuk keluar bersama," ujarnya.

Tambah Shilla, berita tentang hubungan mereka yang tersebar sedikit sebanyak dikhuatiri menganggu kerjaya pemain bola tersebut.

"Dia bagi tahu saya bahawa dia juga risau jika orang akan mempersalahkan saya jika mutu permainannya merosot.

"Saya pun tidak mahu berita ini menjejaskan kredibiliti dan nama dia dalam bidang tersebut," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan