'Saya Masih Belum Hilang Dalam Industri' - Adam (AF)

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adam bakal muncul dengan single lagu terbaru tidak lama lagi.
Adam bakal muncul dengan single lagu terbaru tidak lama lagi.

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) menafikan dia sudah meninggalkan dunia seni sejak mendalami ilmu agama Islam.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia msih lagi aktif dalam karier nyanyiannya namun pada masa sama turut terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan pembelajaran ilmu agama serentak.

"Saya menyanyi macam biasa kerana apa yang berlaku pada diri masih lagi dalam permulaan dan baru berada di peringkat belajar.

"Lagipun saya tidak boleh berubah secara drastik. Semua ini mengambil masa, biarlah diri saya ini ditukar secara perlahan-perlahan.

"Dalam pada itu saya turut merancang untuk meninggalkan bidang seni pada masa akan datang, tapi itu saya belum pasti," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Adam, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru di bawah DD Music dengan kerjasama syarikat miliknya iaitu AICO Empire Group dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Adam juga berkata, penampilan hariannya sedikit sebanyak telah diubah mengikut sunnah Nabi dengan memakai jubah dan serban pada satu-satu masa, namun tetap dengan penampilan ranggi jika membuat persembahan pentas.

"Saya sekadar mahu mengikut sunnah Nabi dalam berpakaian terutamanya ketika melakukan kerja-kerja yang melibatkan ilmu Islam. Manakala berimej ranggi apabila di atas pentas.

"Harap-harap tidak ada pihak yang salah tafsir dengan penampilan saya kerana imej itu mengikut kesesuaian tempat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adam turut berdakwah di sekolah-sekolah serta masjid di bawah pimpinan Habib Firdaus At-Taibun Al Makki, ketua Perubatan Alternatif Islam Nursalam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan