Fauzi Marzuki Ceraikan Isteri Talak Satu

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauzi Marzuki
Fauzi Marzuki

KUALA LUMPUR: Komposer Fauzi Marzuki, 58 dan isterinya Hashimah, 44 bercerai talah satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat di sini pada Khamis.

Menurut laporan Harian Metro perceraian itu direkodkan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah menerima permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Fauzi selaku plaintif.

Fauzi yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong membuat permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Terdahulu, ketika menjawab soalan mahkamah, komposer itu memberitahu lafaz cerai itu merupakan kali pertama dia lafazkan terhadap isterinya.

Selain itu, Fauzi berkata dia melafazkan ‘ Mulai hari ini saya Fauzi Marzuki menceraikan Hashimah Ramli dengan talak satu’ dengan disaksikan kakak iparnya dan seorang rakan di kediaman pasangan itu di Bukit Antarabangsa.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan jatuh talak satu raj’ie dan memerintahkan Hashimah menjalani edah tiga kali suci.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan