Anzalna Harap Isu Video Jadi Pengajaran Buat Sharifah Sakinah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anzalna Nasir
Anzalna Nasir

KUALA LUMPUR: Pelakon Anzalna Nasir berharap aktres Sharifah Sakinah mengambil iktibar dan pengajaran terhadap perbuatannya memuat naik video apabila mendapat cemuhan dan kritikan masyarakat.

Kata Anzalna, biarpun sekadar untuk bergembira, namun dia perlu memikirkan kesan yang bakal diterima sebelum memuat naik apa-apa juga video di laman sosial.

"Kami memang tidak sangka ia jadi bahan cemuhan kerana ia dibuat secara suka-suka dan Sakinah memuat naik di laman sosial Keek kepunyaan saya.

"Selepas ini saya harap dia lebih berhati-hati dan fikir dulu akibatnya sebelum melakukan sesuatu perkara, ia jadi pengajan bukan sahaja kepada dia tetapi pada saya juga," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Anzalna berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video yang dimuat naik oleh pelakon Sharifah Sakinah di laman sosial milik Anzalna.

Video tersebut mencetuskan kontroversi apabila pelakon Bunga Merah Punya itu dalam keadaan berselimut dan dilihat sebagai sengaja mencari publisiti murahan.

Kata Anzalna, kejadian tersebut dilakukan ketika mereka sedang berehat dari penggambaran drama Orang Gaji IQ, minggu lalu.

"Penggambaran tersebut disebuah rumah banglo dan ketika itu hanya ada mekap artis dan beberapa orang krew wanita dan kami sekadar bergurau-gurau sahaja.

"Sakinah memang seorang yang terlalu gila-gila dan dia tidak fikir perkara itu akan beri kesan dia sendiri," katanya.

Tambahnya, dia menghapuskan video tersebut selepas menyedari ia dikritik teruk dan telah disebarkan di internet.

Bagaimanapun, Anzalna menyifatkan Sakinah sebagai seorang yang suka bergurau sehingga tidak sedar apa yang dilakukannya.

"Saya suka berkawan dengan Sakinah, dia seorang yang gila-gila dan tidak palsu. Dia suka bergurau, cuma gurau dia kadang-kadang terlebih hingga merosakkan namanya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan